Saturday, 30 November 2013

Perniagaan Milikan Tunggal



2.0 Perniagaan Milikan Tunggal
2.0.1 Ciri-ciri perniagaan Milikan tunggal
Perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan yang dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh kerana ia adalah milik individu, maka pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan operasi perniagaannya. Pemilik bertanggungjawab mengawal dan mengurus perniagaan secara sendiri atau pekerja-pekerja yang diupah.atau dengan bantuan daripada ahli-ahli keluarga seperti isteri, anak,saudara-mara. Modal pula diperoleh daripada simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara mara,kawan-kawan atau bank
Pemilik dan organisasi peniagaannya adalah dirujuk sebagai satu entiti yang sama. Tiada pemisahan antara keduanya. Ini bermakna aset perniagaan adalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut. Oleh sebab itu, sebarang masalah yang membabitkan perniagaan adalah secara langsung melibatkan kepentingan individu atau pemilik. Misalnya, jika perniagaan mendapat keuntungan maka keuntungan tersebut adalah harta peribadi pemilik. Sebaliknya jika perniagaan mengalami kemerosotan maka kerugian tersebut juga adalah kerugian harta pemiliknya. Cukai pendapatan yang dikenaka terhadap keuntungan yang diperoleh oleh  pemilik perniagaan tunggal merupakan cukai pendapatan individu atau cukai peribadi.
Pembentukan perniagaan milikan tunggal mudah kerana milikan perniagaan ini tidak banyak mempunyai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi.perniagaan milikan tunggal ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Bagi pemilik yang mempunyai premis tetap pelu mendaftarkan perniagaannya dan mendapatkan lesen perniagaaan daripada kerajaan tempatan. Bagi penjaja pula, mereka tidak perlu mendaftarkan perniagaannya tetapi perlu mempunyai lessen penjaja.
2.0.2 Cara menubuhkan milikan tunggal
Antara prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh peniaga milikan tunggal,carian nama mendaftarkan perniagaan dan mempamerkan sijil perniagaan
  1. Carian nama
Pemilik milikan tunggal boleh mendaftarkan namanya sendiri atau menggunakan nama lain. Pemilik milikan tunggal mestilah mendaftar dengan mengisi borang pemohonan kelulusan nama perniagaan (borang PNA 42). Pemilik boleh mendaftar tiga nama,dan satu nama sahaj akan dipilih yang bersesuaian dengan perniagaan dan belum digunakan.
  1. Mendaftarkan perniagaan
Borang yang digunakan untuk mendaftarkan perniagaan ialah borang “A”. Borang “A” hendaklah dipenuhi dan disi serta dikemukan ke Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dokumen sampingan yang perlu disertakan bersama-sama borang “A” adalah satu salinan kad pengenalan pemilik dan satu dokumen sokongan bagi jenis peniagaan yang memerlukan permit atau lessen dari agensi yang mengeluarkan permit.
Borang “A” mengandungi 5 bahagian,iaitu
1.      Bahagian A : Maklumat Perniagaan
2.      Bahagian B : Maklumat Cawangan
3.      Bahagian C : Maklumat Pemilik
4.      Bahagian D : Maklumat Jenis Perniagaan
5.      Bahagian E : Pengesahan oleh Sekutu Niaga
         3.  Mempamerkan sijil perniagaan
Setelah pemohonan diprose dan diluluskan pendaftar perniagaan,suruhanjaya syarikat Malaysia akan mengeluarkansatu sijil perakuan pendaftaran. Sijil perakuan pendartaran ini mestilah dipamerkankan di tempat yang mudah dilihat dalam premis perniagaan. Jika tidak dipamerkan peniaga akan didenda sebanyak RM 200

No comments:

Post a Comment