Monday, 9 December 2013

Perbadanan Korporat



4.0 Perbadanan Korporat

Perbadanan korporat merupakan suatu jenis perniagaan yang ditubuhkan di bawah kuasa akta syarikat 1965 dan didaftarkan melalui Suruhanhaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna perbadanan korporat yang berdaftar boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat sebarang perjanjian dengan sebarang organisasi.Terdapat 3  jenis perniagaan secara perbadanan korporat iaitu syarikat sendirian (swasta), syarikat awam, dan badan berkanun. Namun skop kita akan menjuruskan kepada syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad. 

4.0.1 Syarikat sendirian berhad

4.0.1.1 Ciri-Ciri Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat sendirian berhad boleh dibentuk paling minimum 2 orang pemegang syer dan paling maksimum seramai 50 orang sahaja. Perkataan “sendirian” juga menjadi sebahagian daripada nama syarikat itu dimiliki oleh sekumpulan orang persendirian dan orang ramai tidak dapat membeli syernya.  Syer-syernya dijual kepada invividu-individu tertentu seperti ahli-ahli keluarga,saudara mara dan kawan-kawan. Oleh itu, syarikat ini dimiliki oleh segolongan orang persendirian. Syernya-syernya tidak disenaraikan di bursa saham dan hanya dapat dipindah milik dengan persetujuan semua pemegang syer.
Syarikat jenis ini mempunyai taraf perundangan sendiri,terpisah  daripada pemegang syer, bertindak sebagai individu untuk membeli harta dan membuat perjanjian atas nama sendiri, boleh mendakwa dan didakwa. Syarikat ini ditubuh dibawah akta syarikat 1965 dan didaftarkan dengan suruhanjaya syarikat Malaysia. Liabiliti pemegang syer syarikat mempunyai liabiliti terhad di mana risiko kerugiaan ditanggung oleh pemegang syer adalah setakat jumlah modal syer yang dilaburkan sahaja.
4.0.1.2 Kawalan dan pentadbiran
 Lembaga pengarah mengurus dan mengawal syarikat dan pelantikan ahli lembaga pengarah berdasarkan satu syer satu undi. Pemegang syer yang melebihi 50% syer syarikat layak menguasai lembaga pengarah. Lembaga pengarah akan melantik pengurus yang dibayar gaji dan menentukan segala dasar dan polisi syarikat.
Dividen dibayar kepada pemegang syer sebagai keuntungan syarikat dan kadar dividen yang dibayar mengikut jumlah syer. Akaun untung rugi dan kunci kira-kira wajid diaudit dan salinannya perlu dihantar kepada pendaftar syarikat.  Sekiranya gagal berbuat demikian pendataran syarikat akan dibatalkan oleh suruhanjaya syarikat Malaysia. Syarikat jenis ini tidak wajib mengumumkan laporan kewangan seperti penyata pendapatan,lembangan imbangan dan penyata aliran tunai kepada orang ramai . keuntungan syarikat pula dikenakan cukai pada kadar tertentu yang ditentukan oleh pihak berkuasa dari masa kesemasa.
4.0.1.3 Cara menubuhkan syarikat sendirian berhad.
Syarikat sendirian berhad mesti ditubuhkan mengikut akta syarikat 1965 dan akta syarikat (pindan) 1985. Syarikat sendirian berhada mesti mematuhi dau syarat, iaitu modal nominalnya tidak boleh kurang daripada RM 100,000.00 dan dua daripada bakal pengarahanya mestilah pemastautin Malaysia. Syarikat sendirian berhad ditubuhkan  oleh penjaja atau promoter yang terdiri daripada minimum  2 orang. Mereka mesti mengambil langkah-langkah berikut untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad.
1.      Memohon untuk carian nama
Promoter mestilah mengemukakan nama syarikat kepada pendaftara syarikat untuk diluluska. Pemohonan untuk tujuan ini dibuat dengan mengisi Borang 13A. Tujuannya adalah bagi memastikan nama yang dicadangkan itu masih belum digunakan oleh syarikat lain.
2.      Merizabkan nama syarikat
Setelah pendaftar syarikat meluluskan nama syarikat yang dicadangkan,nama itu akan dirizabkan untuk kegunaan selama 3 bulan
3.      Menyediakan dokumen-dokumen tertentu
Promoter mestilah menyediakan dokumen-dokumen tertentu dalam masa 3 bulan dari tarikh borang 14 diterima oleh pendaftar syarikat:
·        Tatawujud syarikat (Memorandum of Association)
·        Tataurus syarikat (Articles of Association)
·        Borang 6 (Surat Akuan Berkanun Pematuhan)
·        Borang 48A (Surat Akuan Berkanun sebelum Perlantikan Menjadi Pengarah)
·        Borang 45 (Persetujuan Bertindak Sebagai Pengarah)
·        Borang 7 ( Sijil Pengesahan Identiti)

4.0.2 Syarikat awam berhad
4.0.2.1 Ciri-ciri syarikat awam berhad
Syarikat awam berhad tertakluk kepada akta syarikat 1965 dan didaftarakan dengan pendaftar syarikat. Syarikat awam berhad mempunyai taraf perundangan sendiri dan wujud terpisah daripada pemegang-pemegang syer. Syarikat awam berhad juga dapat bertindak sebagai individu untuk memiliki harta, membuat perjanjian atas namanya,boleh didakwa dan mendakwa.  Syarikat awam berhad terus kekal walaupun pengarahnya atau pemengang syer meninggal dunia. Perkataan “berhad” mestilah menjadi sebahagian namanya dimana berhad menunjukkan liability terhad setakat jumlah nilai nominal syer yang dimiliki dalam syarikat itu.
Harta peribadi pemegang syer tidak boleh dituntut untuk membayar liabilit syarikat jika syarikat itu bankrap. Syarikat awam berhad juga menanggung liability terhad setakat jumlah modal berbayar. Syarikat awam berhad dapat ditubuhkan oleh dua orang iaitu paling minimum dan tidak ada had maksimum tetapi bergantung jumlah syer yang telah diterbitkan. Penubuhan syariakt awam berhad lebih mahal dan sukar daripada syarikat sendirian berhad. Syarikat ini wajib mengeluarkan dan mengiklankan prospketus untuk menjemput orang awam melanggan syer-syernya..Orang awam dapat memiliki syarikat awam berhad dengan membeli syer-syer syarikat dan pemegang syer itu adalah pemilik syarika. Syer-syer umum berhad disenaraikan di bursa Malaysia sekuriti berhad. Orang ramai yang membeli dan menjual syer-syer syariakt awam berhad di bursa saham hendakalah melalui broker saham.
4.0.2.2 Kawalan dan pentadbiran
Syariakt awam berhad dikawal dan ditadbir oleh satu lembaga pengarah. Ahli-ahli dalam lembaga pengarah dilantik oleh para pemegang syer. Walaupunbagaimanapun, pengarah boleh terdiri daripada orang yang bukan pemegang syer. Perlantikkan di buat secara undi  berdasarkan satu syer satu undi. Dibawah lembaga pengarah terdapat sekumpulan pengurus dan kakaitangan yang digajikan oleh syariakt berhad untuk menjalankan urus niaga harian serta melaksanakan dasar-dasar.
Hal ini jelas menunjukkan terdapatnya pemisaha antara pemilikan dengan pengurusan dalam syarikat. Selain itu,m syarikat awama berhad mesti mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi para pemegang syer untuk membincangkan laporan kewangan, melantik lembaga pengarah dan lain –lain. Manakala akaun –akaun syarikat awam berhad wajib diaudit dengan sempurna oleh akauntan bertuliah dan satu salinan dihantar kepada pendaftar syarikat pada setiap tahun. Akaun untung rugi dan kunci kira-kira wajid diumumkan di akhbar-akhbar untuk pengetahuan orang ramai. Berkenaan soal keuntungan syarikat, ianya dibahagikan kepada para pemegang syer dalam bentuk dividen dan untung syarikat dikenakan cukai sebanyak 28% pada kadar rata.
4.0.2.3 Cara menubuhkan syarikat awam berhad.
Pada umumnya cara menubuhkan syarikat awam berhad adalah sama seperti menubuhkan syarikat syarikat sendirian berhad. Setelah sijil perakuan penubuhan diperoleh (borang 8), syarikat awam berhad boleh mengumpulkan modal dengan mengeluarkan terbitan syer melalui buku prospsektus. Penerbitan prospectus ini untuk menarik orang awam membeli syer atau debenture yang dibenarkan. Propektus mengandungi maklumat-maklumat berikut :
1.      Sejarah syarikat
2.      Objektif syarikat
3.      Nama dan alamat pengarah syarikat
4.      Jenis perniagaan yang dijalankan
5.      Laporan kewangan
6.      Jangkaan untung mas depan
Setelah syarikat mendapat kelulusan penerbitan prospekstus dan penyenaraian syer di bursa Malaysia daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, syarikat boleh menerbitkan borang pembelian syer di akhbar-akhbar,bank dan broker saham

No comments:

Post a Comment