Monday, 9 December 2013

Perbadanan Korporat



4.0 Perbadanan Korporat

Perbadanan korporat merupakan suatu jenis perniagaan yang ditubuhkan di bawah kuasa akta syarikat 1965 dan didaftarkan melalui Suruhanhaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna perbadanan korporat yang berdaftar boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat sebarang perjanjian dengan sebarang organisasi.Terdapat 3  jenis perniagaan secara perbadanan korporat iaitu syarikat sendirian (swasta), syarikat awam, dan badan berkanun. Namun skop kita akan menjuruskan kepada syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad. 

4.0.1 Syarikat sendirian berhad

4.0.1.1 Ciri-Ciri Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat sendirian berhad boleh dibentuk paling minimum 2 orang pemegang syer dan paling maksimum seramai 50 orang sahaja. Perkataan “sendirian” juga menjadi sebahagian daripada nama syarikat itu dimiliki oleh sekumpulan orang persendirian dan orang ramai tidak dapat membeli syernya.  Syer-syernya dijual kepada invividu-individu tertentu seperti ahli-ahli keluarga,saudara mara dan kawan-kawan. Oleh itu, syarikat ini dimiliki oleh segolongan orang persendirian. Syernya-syernya tidak disenaraikan di bursa saham dan hanya dapat dipindah milik dengan persetujuan semua pemegang syer.
Syarikat jenis ini mempunyai taraf perundangan sendiri,terpisah  daripada pemegang syer, bertindak sebagai individu untuk membeli harta dan membuat perjanjian atas nama sendiri, boleh mendakwa dan didakwa. Syarikat ini ditubuh dibawah akta syarikat 1965 dan didaftarkan dengan suruhanjaya syarikat Malaysia. Liabiliti pemegang syer syarikat mempunyai liabiliti terhad di mana risiko kerugiaan ditanggung oleh pemegang syer adalah setakat jumlah modal syer yang dilaburkan sahaja.
4.0.1.2 Kawalan dan pentadbiran
 Lembaga pengarah mengurus dan mengawal syarikat dan pelantikan ahli lembaga pengarah berdasarkan satu syer satu undi. Pemegang syer yang melebihi 50% syer syarikat layak menguasai lembaga pengarah. Lembaga pengarah akan melantik pengurus yang dibayar gaji dan menentukan segala dasar dan polisi syarikat.
Dividen dibayar kepada pemegang syer sebagai keuntungan syarikat dan kadar dividen yang dibayar mengikut jumlah syer. Akaun untung rugi dan kunci kira-kira wajid diaudit dan salinannya perlu dihantar kepada pendaftar syarikat.  Sekiranya gagal berbuat demikian pendataran syarikat akan dibatalkan oleh suruhanjaya syarikat Malaysia. Syarikat jenis ini tidak wajib mengumumkan laporan kewangan seperti penyata pendapatan,lembangan imbangan dan penyata aliran tunai kepada orang ramai . keuntungan syarikat pula dikenakan cukai pada kadar tertentu yang ditentukan oleh pihak berkuasa dari masa kesemasa.
4.0.1.3 Cara menubuhkan syarikat sendirian berhad.
Syarikat sendirian berhad mesti ditubuhkan mengikut akta syarikat 1965 dan akta syarikat (pindan) 1985. Syarikat sendirian berhada mesti mematuhi dau syarat, iaitu modal nominalnya tidak boleh kurang daripada RM 100,000.00 dan dua daripada bakal pengarahanya mestilah pemastautin Malaysia. Syarikat sendirian berhad ditubuhkan  oleh penjaja atau promoter yang terdiri daripada minimum  2 orang. Mereka mesti mengambil langkah-langkah berikut untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad.
1.      Memohon untuk carian nama
Promoter mestilah mengemukakan nama syarikat kepada pendaftara syarikat untuk diluluska. Pemohonan untuk tujuan ini dibuat dengan mengisi Borang 13A. Tujuannya adalah bagi memastikan nama yang dicadangkan itu masih belum digunakan oleh syarikat lain.
2.      Merizabkan nama syarikat
Setelah pendaftar syarikat meluluskan nama syarikat yang dicadangkan,nama itu akan dirizabkan untuk kegunaan selama 3 bulan
3.      Menyediakan dokumen-dokumen tertentu
Promoter mestilah menyediakan dokumen-dokumen tertentu dalam masa 3 bulan dari tarikh borang 14 diterima oleh pendaftar syarikat:
·        Tatawujud syarikat (Memorandum of Association)
·        Tataurus syarikat (Articles of Association)
·        Borang 6 (Surat Akuan Berkanun Pematuhan)
·        Borang 48A (Surat Akuan Berkanun sebelum Perlantikan Menjadi Pengarah)
·        Borang 45 (Persetujuan Bertindak Sebagai Pengarah)
·        Borang 7 ( Sijil Pengesahan Identiti)

4.0.2 Syarikat awam berhad
4.0.2.1 Ciri-ciri syarikat awam berhad
Syarikat awam berhad tertakluk kepada akta syarikat 1965 dan didaftarakan dengan pendaftar syarikat. Syarikat awam berhad mempunyai taraf perundangan sendiri dan wujud terpisah daripada pemegang-pemegang syer. Syarikat awam berhad juga dapat bertindak sebagai individu untuk memiliki harta, membuat perjanjian atas namanya,boleh didakwa dan mendakwa.  Syarikat awam berhad terus kekal walaupun pengarahnya atau pemengang syer meninggal dunia. Perkataan “berhad” mestilah menjadi sebahagian namanya dimana berhad menunjukkan liability terhad setakat jumlah nilai nominal syer yang dimiliki dalam syarikat itu.
Harta peribadi pemegang syer tidak boleh dituntut untuk membayar liabilit syarikat jika syarikat itu bankrap. Syarikat awam berhad juga menanggung liability terhad setakat jumlah modal berbayar. Syarikat awam berhad dapat ditubuhkan oleh dua orang iaitu paling minimum dan tidak ada had maksimum tetapi bergantung jumlah syer yang telah diterbitkan. Penubuhan syariakt awam berhad lebih mahal dan sukar daripada syarikat sendirian berhad. Syarikat ini wajib mengeluarkan dan mengiklankan prospketus untuk menjemput orang awam melanggan syer-syernya..Orang awam dapat memiliki syarikat awam berhad dengan membeli syer-syer syarikat dan pemegang syer itu adalah pemilik syarika. Syer-syer umum berhad disenaraikan di bursa Malaysia sekuriti berhad. Orang ramai yang membeli dan menjual syer-syer syariakt awam berhad di bursa saham hendakalah melalui broker saham.
4.0.2.2 Kawalan dan pentadbiran
Syariakt awam berhad dikawal dan ditadbir oleh satu lembaga pengarah. Ahli-ahli dalam lembaga pengarah dilantik oleh para pemegang syer. Walaupunbagaimanapun, pengarah boleh terdiri daripada orang yang bukan pemegang syer. Perlantikkan di buat secara undi  berdasarkan satu syer satu undi. Dibawah lembaga pengarah terdapat sekumpulan pengurus dan kakaitangan yang digajikan oleh syariakt berhad untuk menjalankan urus niaga harian serta melaksanakan dasar-dasar.
Hal ini jelas menunjukkan terdapatnya pemisaha antara pemilikan dengan pengurusan dalam syarikat. Selain itu,m syarikat awama berhad mesti mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi para pemegang syer untuk membincangkan laporan kewangan, melantik lembaga pengarah dan lain –lain. Manakala akaun –akaun syarikat awam berhad wajib diaudit dengan sempurna oleh akauntan bertuliah dan satu salinan dihantar kepada pendaftar syarikat pada setiap tahun. Akaun untung rugi dan kunci kira-kira wajid diumumkan di akhbar-akhbar untuk pengetahuan orang ramai. Berkenaan soal keuntungan syarikat, ianya dibahagikan kepada para pemegang syer dalam bentuk dividen dan untung syarikat dikenakan cukai sebanyak 28% pada kadar rata.
4.0.2.3 Cara menubuhkan syarikat awam berhad.
Pada umumnya cara menubuhkan syarikat awam berhad adalah sama seperti menubuhkan syarikat syarikat sendirian berhad. Setelah sijil perakuan penubuhan diperoleh (borang 8), syarikat awam berhad boleh mengumpulkan modal dengan mengeluarkan terbitan syer melalui buku prospsektus. Penerbitan prospectus ini untuk menarik orang awam membeli syer atau debenture yang dibenarkan. Propektus mengandungi maklumat-maklumat berikut :
1.      Sejarah syarikat
2.      Objektif syarikat
3.      Nama dan alamat pengarah syarikat
4.      Jenis perniagaan yang dijalankan
5.      Laporan kewangan
6.      Jangkaan untung mas depan
Setelah syarikat mendapat kelulusan penerbitan prospekstus dan penyenaraian syer di bursa Malaysia daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, syarikat boleh menerbitkan borang pembelian syer di akhbar-akhbar,bank dan broker saham

Milikan perniagaan berbentuk perkongsian

3.0.1 Maksud perkongsian
Seksyen (3)1, Akta Perkongsian 1961 mentakrifkan perkongsian sebagai perhubungan yang wujud antara orang yang menjalankan urusan bersama dengan tujuan mendapat keuntungan. Perkongsian juga boleh ditakrifkan sebagai perniagaan yang dimiliki oelh dua hingga 20 usahawan yang bersetuju untuk menjalankan perniagaan bersama. Terdapat 3 jenis rakan kosngis yang wujud dalam perkongsian iaitu, rakan kongsi aktif,rakan kongsi lelap dan rakan kongsi nominal.
3.0.2 Ciri-ciri perkongsian
Perkongsian adalah satu gabungan perniagaan oleh dua orang atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang untuk menjalankan perniagaan yang sama dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Dalam perkongsian perniagaan bank dan broker saham, bilangan rakan kongsi tidak boleh melebihi 10 orang manakala dalam perkongsian perniagaan profesional seperti jurutera dan akauntan, jumlah rakan kongsi adalah tidak dihadkan. Pertubuhan perniagaan perkongsian dipanggil firma dan ahli-ahli perkongsian dipanggil rakan kongsi.

3.0.3 Perjanjian Perkongsian
Sebuah perkongsian boleh dibentuk secara tulisan,lisan atau implikasi. Untuk menubuhkan sesebuah perkongsian, satu perjanjian mesti dibuat antara semua rakan kongsi bagi mengelakkan perselisihan. Perjanjian perkongsian ini dipanggil surat ikatan perkongsian. Dalam perjanjian itu,perkara-perkara berikut mesti dinyatakan:
1.      Nama firma serta nama semua rakan kongsi
2.      Jenis perniagaan  dan tempat perniagaan
3.      Jumlah pelaburan modal oleh setiap rakan kongsi
4.      Nisbah pembahagian untung atau rugi
5.      Syarat-syarat perkongsian
6.      Cara pernyimpanan akaun
7.      Tempoh perkongsian
8.      Jumlah gaji dibayar kepada rakan kongsi aktif
9.      Syarat-syarat persaraan rakan kongsi
10.  Kadar bunga ke atat modal dan pinjaman yang diberikan oleh rakan kongsi kepada perkongsian
11.  Jumlah ambilan dibenarkan dan kadar bunga  yang dibenarkan
12.  Sama ada perkongsian dibubarkan jika seorang rakan kongis meninggal dunia.
Sekiranya suatu perjanjian tidak disenaraikan atau tidak dinyatakan ,peruntukan-peruntukkan Akta Perkongsian 1961 akan dikenakan atas perkongsian.

3.0.4 Kawalan dan pentadbiran
Kawalan perkongsian dan pentabiran perkongsian biasanya dilakukan oleh rakan kongi yang menyumbangkan modal yang terbesar. Pekongsi yang mengurus perniagaan dipanggil pekongi aktif atau pekongsi cergas akan diberikan gaji. Pekongsi lain berhak menyumbang idea dan pendapat serta meneliti semua rekod dan akaun perniagaan. Perkongsian dan rakan kongsi tidak terpisah kerana pekongsi dan firma perkongsian adalah pihak yang sama. Maka, setiap rakan kongsi bertangggungjawab sepenuhnya atas semua hutang perniagaan. Harga persendirian rakan kongsi boleh dituntut untuk membayar hutang firma. 
Dalam perkongsian biasa, setiap rakan kongsi menanggung liabilti tidak terhad tetapi dalam perkongsian berhad,rakan rakan kongsi menanggung setakat jumlah modal yang dilaburkan sahaja. Pekongsi hendaklah membahagikan keuntungan mengikut syarat-syarat perjanjian. Sekiranya tiada sebarang perjanjian tentang permbahagian untung atau rugi,makan peruntukan dalam Akta perkongsian 1961 akan dikenakan. Menurut Akta perkongsian,semua untung atau rugi dibahagikan sama rata tanpa mengira jumlah modal yang disumbangkan.

3.0.6 Jenis-jenis perkongsian
Terdapat 2 jenis perkongsian iaitu, perkongsian berhad dan perkongsian biasa.
1.      Perkongsian berhad
                                     Dalam perkongsian berhad,semua rakan kongsi menanggung liability terhad setakat jumlaha modal aygn dilaburkan sahaja. Harta benda peribadi mereka tidak dapat dituntut untuk membayar hutang firma. Semua rakan kongsi tidak mempunyai kuasa dan tidak berhak mentadbir firma. Didalam perkongsian berhad,mesti ada seorang rakan kongsi biasa  yang menanggung liabilti tidak terhad.
2.      Perkongsian biasa
           Dalam perkongsian biasa, semua rakan kongsi terdiri daripada rakan kongsi biasa. Perkongsi biasa ini menanggung liability tidak terhad. Hal ini bermakna sekiranya firma rugi, harta peribadi mereka dapat dituntut untuk menjelaskan semua hutang firma.  Mereka berhak mentadbirkan firma dan mempunyai kuasa yang sama.
3.0.7 Cara menubuhkan perniagaaan perkongsian
Prosedur-prosedur penubuhan perkongsian adalah hampir dengan perniagaan milikan tunggal yang perlu dipatuhi oleh peniagaan perkongsian seperti.
                                                              i.      carian nama
                                                            ii.      mendaftarkan perniagaan
                                                          iii.      mempamerkan sijil perniagaan

Monday, 2 December 2013

Ajaran Sesat


Walaupun kita hidup pada zaman serba moden, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih percaya dengan ajaran sesat yang menjangkaui logik akal manusia. Beberapa tahun dahulu, di Terengganu kita dikejutkan dengan kewujudan fahaman Ayah Pin yang kononnya mempunyai keupayaan mistik yang luar biasa. Terbaharu, kita dikejutkan pula dengan fahaman 'Tuhan Harun' yang berupaya menarik ratusan pengikut. Kewujudan manusia yang mendakwa bahawa diri mereka tuhan bukanlah satu perkara baharu. Tetapi, hakikatnya ramai orang masih percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi tuhan hanya sekadar mereka mempunyai keupayaan luar biasa tertentu. Adakalanya 'keistimewaan' yang ditonjolkan itu tidak lebih sekadar silap mata untuk memanipulasi pengikut sahaja.

Mengapa masih ada manusia yang percaya bahawa seseorang itu mampu menjadi tuhan atau mempunyai keupayaan luar biasa? Mengapa pula ada pengikut yang percaya dengan semua kata-kata ketua kumpulan dan menjalankan aktiviti mereka walaupun ada yang terlibat dengan kegiatan jenayah tidak bermoral? Dalam psikologi, situasi ini dinamakan sebagai identity fusion yang menjadikan ahli kumpulan merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada kumpulan. Bagi pengikut yang ekstrem, kumpulan adalah lebih utama daripada diri mereka. Mereka merasakan kumpulan adalah segala-galanya. Malah, mereka sanggup mengorbankan diri sendiri bagi memenuhi keperluan kumpulan. Sebab itulah, dalam banyak kes yang melibatkan kumpulan ajaran sesat mereka dilihat sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah tindakan jenayah dan tidak bermoral. Mereka akan patuh dengan apa sahaja arahan ketua kumpulan sekali pun ada yang bersifat tidak rasional.

Taksub melampau Ahli psikologi menggambarkan keadaan ini sebagai kepatuhan dan keakuran. Kedua-dua simptom ini menyebabkan manusia tidak lagi rasional dalam tindakan. Mereka merasakan apa sahaja yang dilakukan oleh kumpulan sebagai sesuatu yang istimewa dan tidak ada sebarang kesalahan.Ketaksuban yang melampau terhadap kumpulan ini juga menyebabkan pandangan-pandangan daripada orang lain sebagai satu ancaman yang cuba merosakkan kumpulan. Ini merupakan fenomena kumpulan yang dikenali sebagai pemikiran kelompok. Pemikiran kelompok ini menjadikan ahli-ahli merasakan mereka sangat istimewa, tidak mudah digugat dan yang paling membimbangkan, semua orang lain salah dan hanya mereka yang benar.


                                                                                           


Mereka menganggap orang lain itulah yang hidup dalam kesesatan, sedangkan mereka tidak. Semakin pengikut ini taksub dengan kumpulannya, maka semakin mudahlah pula ahli kumpulan ini dimanipulasi oleh ketua mereka. Kita dapati bahawa dalam kebanyakan kes, biasanya ahli-ahli kumpulan ini menjadi kuda tunggangan ketua mereka bagi mendapatkan kekayaan atau melakukan tindakan jenayah. Ada pula ahli kumpulan yang menjadi hamba seks kepada ketua kumpulan yang dikatakan mempunyai petunjuk atau ilham daripada tuhan.

Bagaimanapun, kerana semua tingkah laku atau tindakan ini dikatakan sebagai amalan yang benar, mereka tidak merasakan ia sebagai satu bentuk kesalahan. Kita sebagai orang awam selalu tertanya mengapa dalam kebanyakan kes, kumpulan ajaran sesat ini menggunakan agama sebagai tema utama perjuangan mereka ? Sebenarnya agama ini hanya dijadikan umpan untuk menarik lebih ramai pengikut. Malah, dengan melakukan beberapa pengubahsuaian, mereka mampu menjadikan agama baharu ini lebih menarik.
Ritual agama

Kumpulan 'Tuhan Harun' misalnya, dikatakan telah menggunakan muzik sebagai sebahagian ritual agama. Beberapa tahun dahulu, Ayah Pin dikatakan mempunyai kuasa mistik untuk menyembuhkan orang sakit dan mempunyai kuasa sakti yang lain. Semua ini adalah sekadar dongeng bagi membolehkan ajaran mereka dilihat sangat istimewa dan unik, sekali pun mungkin tidak rasional pada pandangan kebanyakan orang. Sebagai orang awam, kita mestilah berhati-hati. Sejauh mana istimewa dan unik sekali pun sesuatu fahaman yang dibawakan oleh satu-satu kumpulan, pada akhirnya ia tidak patut menjangkaui kewarasan akal.

Mereka mungkin memainkan silap mata yang mempesonakan atau memberikan ganjaran istimewa kepada pengikut, tetapi pada akhirnya sebagai manusia kita perlu berpijak di alam nyata. Seperti yang dilaporkan oleh media massa, 'Tuhan Harun' yang ditahan pihak berkuasa pada akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana menghidap strok. Sehebat mana sekali pun, pada akhirnya manusia istimewa ini perlu mendapatkan pertolongan orang lain juga.Dari semasa ke semasa, kita akan dapati bahawa ajaran sesat seumpama ini akan terus muncul. Ia akan terus muncul selagi manusia tidak mampu berfikir secara waras dan logik.


Kredit : Kosmo, 2 Disember 2013

Saturday, 30 November 2013

Perniagaan Milikan Tunggal



2.0 Perniagaan Milikan Tunggal
2.0.1 Ciri-ciri perniagaan Milikan tunggal
Perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan yang dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh kerana ia adalah milik individu, maka pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan operasi perniagaannya. Pemilik bertanggungjawab mengawal dan mengurus perniagaan secara sendiri atau pekerja-pekerja yang diupah.atau dengan bantuan daripada ahli-ahli keluarga seperti isteri, anak,saudara-mara. Modal pula diperoleh daripada simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara mara,kawan-kawan atau bank
Pemilik dan organisasi peniagaannya adalah dirujuk sebagai satu entiti yang sama. Tiada pemisahan antara keduanya. Ini bermakna aset perniagaan adalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut. Oleh sebab itu, sebarang masalah yang membabitkan perniagaan adalah secara langsung melibatkan kepentingan individu atau pemilik. Misalnya, jika perniagaan mendapat keuntungan maka keuntungan tersebut adalah harta peribadi pemilik. Sebaliknya jika perniagaan mengalami kemerosotan maka kerugian tersebut juga adalah kerugian harta pemiliknya. Cukai pendapatan yang dikenaka terhadap keuntungan yang diperoleh oleh  pemilik perniagaan tunggal merupakan cukai pendapatan individu atau cukai peribadi.
Pembentukan perniagaan milikan tunggal mudah kerana milikan perniagaan ini tidak banyak mempunyai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi.perniagaan milikan tunggal ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Bagi pemilik yang mempunyai premis tetap pelu mendaftarkan perniagaannya dan mendapatkan lesen perniagaaan daripada kerajaan tempatan. Bagi penjaja pula, mereka tidak perlu mendaftarkan perniagaannya tetapi perlu mempunyai lessen penjaja.
2.0.2 Cara menubuhkan milikan tunggal
Antara prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh peniaga milikan tunggal,carian nama mendaftarkan perniagaan dan mempamerkan sijil perniagaan
  1. Carian nama
Pemilik milikan tunggal boleh mendaftarkan namanya sendiri atau menggunakan nama lain. Pemilik milikan tunggal mestilah mendaftar dengan mengisi borang pemohonan kelulusan nama perniagaan (borang PNA 42). Pemilik boleh mendaftar tiga nama,dan satu nama sahaj akan dipilih yang bersesuaian dengan perniagaan dan belum digunakan.
  1. Mendaftarkan perniagaan
Borang yang digunakan untuk mendaftarkan perniagaan ialah borang “A”. Borang “A” hendaklah dipenuhi dan disi serta dikemukan ke Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dokumen sampingan yang perlu disertakan bersama-sama borang “A” adalah satu salinan kad pengenalan pemilik dan satu dokumen sokongan bagi jenis peniagaan yang memerlukan permit atau lessen dari agensi yang mengeluarkan permit.
Borang “A” mengandungi 5 bahagian,iaitu
1.      Bahagian A : Maklumat Perniagaan
2.      Bahagian B : Maklumat Cawangan
3.      Bahagian C : Maklumat Pemilik
4.      Bahagian D : Maklumat Jenis Perniagaan
5.      Bahagian E : Pengesahan oleh Sekutu Niaga
         3.  Mempamerkan sijil perniagaan
Setelah pemohonan diprose dan diluluskan pendaftar perniagaan,suruhanjaya syarikat Malaysia akan mengeluarkansatu sijil perakuan pendaftaran. Sijil perakuan pendartaran ini mestilah dipamerkankan di tempat yang mudah dilihat dalam premis perniagaan. Jika tidak dipamerkan peniaga akan didenda sebanyak RM 200

Pengenalan Struktur Perniagaan Di Malaysia











1.0.1 Milikan Tunggal (Sole Proprietoship)
Unit undang-undang dan ekonomi yang ringkas adalah pemilikan tunggal atau perseorangan pemilikan tunggal adalah di mana individu menjalankan perniagaan sama ada sepenuhnya sendiri  ataupun bekerja sendiri. Beliau boleh menjadi bankrap secara persendirian dengan hutang mereka. Ianya wajid bagi mengendalikan perniagaan.liabilitinya adalah tidak terhad.  Kebaikan bentuk perniagaan ini adalah ianya hanya terdapat sedikit sahaja peraturan dalam terma pendaftaran  dan pembentukan.  Pemilikan tunggal adalah pembayar cukai dan keuntungan atau kerugian adalah boleh dibayar balik dengan pendapatan daripada harta lain.

1.0.2 Perkongsian (Partnership)
Perkongsian adalah hubungan bagi atau lebih individu yang mengendalikan perniagaanbiasa dengan melihat keuntungan. Perkongsian adalah kontrak yang melibatkan prinsipal agensi perdagangan. Hubungan di antara rakan kongsi dan rakan kongsi dengan pihak ketiga adalah ditadbirkan oleh akta perkongsian 1961. Langkah rasmi adalah tidak diperlukan dalam menghasilkan perkongsian, ianya menimbulkan masalah undang-undang. Walaubagaimana pun,biasanya terma bagi perjanjian di antara rakan kongsi adalah direkodkan di dalam bentuk dokumen undang-undang yang rasmi dirujuk sebagai perjanjian perkongsian. Sebaliknya apa yang disediakan di dalam perjanjian perkongsian, sama ada secara spesifik atau secara dinyatakan oleh akta perkongsia 1961 yang digunakan.

1.0.3 Syarikat Berhad (Limited Company)
/Syarikat sendirian berhad ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja. Mengikut panduan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, mempunyai namanya sendiri, boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah,  mempunyai alamat yang tertentu, mempunyai aset atas namanya sendiri dan  tindakan boleh diambil bagi membubarkannya walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

Syarikat Awam Berhad juga adalah tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai sifat-sifat yang sama seperti  Syarikat Sendirian Berhad. Syarikat Awam berhad juga mungkin berasal daripada  syarikat sendirian berhad di mana syarikat sendirian berhad telah mengubahkan bentuk struktur pemilikan perniagaaan kepada syarika awam berhad kerana telah berjaya dan ingin menambah ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang.